Jatuh bangun
Sunday, 19 January 201423:35
Yakin aku kata, seluruh rasa ini telah pergi
Konon aku sudah tidak lagi punya isi hati
Konon sudah terlalu kebal diri ini
Konon hanya kerana kau aku tak akan tersakiti lagi
Aku cuba terima segala yang lompang
Aku sebatikan diri dengan segala cacat cela
Aku mendakap segala yang ada
Aku terima segalanya hingga aku jadi buta
Aku buta bila aku tak pernah sedar dari angan rekaan semata
Aku terbang penuh rasa megah tanpa takut bakal terhempas ke tanah
Selama itu aku nafikan hati ini dari pandang buruknya engkau
Selama itu aku pejamkan mata dari melihat baik orang
Selama itu aku tanamkan sebuah kepercayaan
Selama itu aku tabur benih impian masa depan
Selama itu aku jatuh bila aku iyekan segala kata dan laku kau
Selama itu aku cuma telan semua rasa hati
Selama itu aku cuba bentuk diri jadi aku seperti sekarang
Selama itu aku rebah dalam salam yang kau hulurkan
Selama itu aku lumpuh bila kita berjauhan
Selama itu aku belajar jadi lebih dari sabar
Selama itu aku cuba jadi penenang dalam setiap keadaan
Kini, aku belajar untuk lebih celik melihat dunia
Kini, terasa tidak pasti menanggung duka atau bahagia
Kini, makin mudah air jernih ini gugur dari takungannya
Pernah aku terfikir apa istimewanya kau hingga agungnya aku rasa begini
Pernah aku berharap biar tiada istilah kita lagi
Segala rasa ini biar aku sahaja yang tahu
Biar aku belajar bangkit sendiri
Biar aku tidak terhutang dengan sesiapa lagi
Biar aku mula bertatih kembali tanpa nama kau terukir dihati
(: