SUSUN KATA
Monday, 21 October 201320:35
bersepah manusia mengelilingi
bengang telinga menapis segala bunyi
tapi aku masih tak mengerti
apa sebenarnya yang aku cari
aku kutip segala retak hati si dungu
tampal sahaja tanpa ada pelekat jitu
berjuta susunan kata sudah tersusun rapi
beratur gigih berdiri
menunggu masa menerjah duniawi
melibas semua yang rajin menabur duri
tiba waktu
akan aku cuba tutur satu persatu
segala rasa yang selama ini aku catu
walau aku sedar aku takkan mampu