<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5776127814847617121?origin\x3dhttp://littlesuria.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
SURIAIDA's;
Muse
Specs
Way Out
Credits
+ follow Dashboard
Jangan Menangis, Sayang.
Saturday, 6 August 201618:34




Aku selalu berharap 
Agar sekali kau menangis dihadapanku
Biar kita menangis bersama

Tapi sampai satu masa Tuhan makbulkan permintaanku,
Sumpah aku kelu
Aku tak pernah hadapi kau yang begitu.

Sunggu aku malu
Meminta, tapi aku yang tersipu.

Jangan menangis, sayang.
Walaupun sebenarnya aku terharu
Kau pilih aku sebagai tempatmu mengadu.

Andai hubungan ini halal, pasti kau ku peluk dulu.
Kerana aku pernah berjanji, bahu ini untuk mu.

Tumpahkan segala resah dukamu sayang,
Biar kita bersama tempuhi dunia yang sedang cemburu.
Biar kita bersatu agar kau tahu detak jantung ini bernada untukmu.

Biar datang segala ombak dan badai,
Moga sentuhan ini terus menguatkan kita untuk terus berkasih padu.



0400//240914


Bila aku baca semula bait madah untuk kamu, terasa bodohnya diriku. Bodoh untuk curahkan kasih *bukan cinta ye* pada yang tak pernah nak belajar menghargai.



Kadang - kadang hmm
Monday, 8 December 201420:52


Memudahkan jalan orang lain.
Permudahkan jalan orang lain.
Kadang² tiada yang ambil peduli pun.

Tapi siapa tahu,
Dengan tindakan yang awak pandang remeh tu
Sebenarnya menggembirakan insan lain ?



Cuba belajar untuk berada ditempat orang lain.
"Kalau cakap begini, dia terima atau tidak ?"
"Kalau buat begini, menyakiti dia atau tidak ?"



Mungkin kita rasa,
tindakan yang kita ambil perkara biasa, tak mungkin ada yang terasa.
Tapi pernah awak sedar apa dia rasa ?



Pernah awak tahu apa yang dia sedang lalui?


Kadang² dia pilih untuk diam, terus pendam.
Sebab dia tahu, awak tak patut dibebankan.

Kadang² dia pilih untuk terus mengiakan,
Sebab dia tahu itu yang mampu buat awak terus selesa didepan.

Kadang² dia pilih untuk lepaskan, tapi bukan melalui perkataan.
Sebab dia tahu awak tak sudi nak menghadam.



Sebab itu dia pilih untuk jadi begini.
Terus memilih orang yang sama untuk berkongsi isi hati.



Bukan dia tak percaya untuk buka hati bertaut dengan hati awak.
Tapi dia dah puas mencuba, sampai hatinya dah tak mampu jadi kebal lagi.




Jadi manusia, belajar jangan mendesak.
Sebab awak tahu hati manusia ini penuh dengan kelembutan.



Biar masa yang tentukan.




x



Aku pilih kamu
Saturday, 6 December 201418:51




Sumpah, tak bermaksud nak bimbangkan yang lain.
Tapi kalau jarak yang sentiasa jadi alasan,
Tamatkan sahaja perjalanan aku disini
Agar aku tak hilang bahagia abadiku disana.


Kalau jarak yang sentiasa jadi pemisah,
Bukan takbur, tapi apa guna "dunia dihujung jari" ?
Kalau jarak jadi penyebab kesakitan ini,
Tamatkan segala disini, aku pilih kamu
Bukan riak, tapi duniaku hanya bersama kamu.


Jangan didesak, aku benci.
Buat sahaja seolah olah semua seperti biasa.
Jika tidak, jangan ucap pada dunia kau kenali siapa aku.
Kalau tunaikan permintaan semudah ini pun kau tak mampu.
Jangan tanya kenapa aku membenci.






Someday
Thursday, 10 July 201402:17




Don't know how long is it
that I have to resist everything
hide all of the truth in my heart

Every time we meet,
every time you turn to me
that I pretend to be still

Do you know how much I have to force myself?

Can you hear that?
My heart is telling you I love you
But I cannot reveal my true feeling to anyone

Can you hear that?
My heart is waiting there for you to open
Can only hope you will know it, some day

Though I love you
though I feel it
but deep inside isn't brave enough

Do you know how much I have to force myself?



*fit enough, I bet*



Titip
Saturday, 5 July 201405:01




Rindu ini
Tak terucap, tak tersampai.
Hanya bisa dibisikkan 
kepada Sang Pemberi Cinta dalam setiap lipatan tangan.


Kepada hujan,
biarkan rindu ini basah kuyup menantikan pertemuan
biarkan aku menggigil kesakitan
Hanya ini yang mampu aku lakukan.



Dengarkah kamu?

Aku ada.
Aku masih ada.
Aku selalu ada.


Rasakan aku.
Sebut namaku.

Seperti mantra yang meruncing menuju satu titik
untuk kemudian melebur, melebar.
Rasakan perasaanku yang bergerak bersama alam untuk menyapamu.






Forever King
Saturday, 7 June 201405:18




I thought of you today but that is nothing new
I thought about you yesterday and days before that too
I think of you in silence
I often speak your name
All I have are memories and your picture in a frame
Your memory is a keepsake from which I’ll never part
God has you in His arms
I have you in my heart

It broke our hearts to lose you but you did not go alone
A part of us went with you the day He took you home
If tears could build a stairway and heartache make a lane,
We’d walk our way to heaven and bring you back again
In life we loved you dearly
In death we love you still
In our hearts you hold a place

No one could ever fill


Kakak loves you, Abah


Al - Fatihah
( 25 April 1966 - 6 Jun 2002)




Expectation
Sunday, 1 June 201415:26




I need to be the first to run away
I’m smiling as if nothing is wrong
But my heart is telling me, no
To hold onto you, it creates tears in my eyes

My greed kept growing
And I didn’t know it took over your place
So I only blamed and complained to you
Why is love always one step behind?

I’m afraid of my weakness
Who is nothing without you
You know that I only embrace and know you in my heart
You know that I have no one but you
Just like those days when you were my every thing
When I cried and laughed in your arms

I don’t expect anything
All you need to do is stay beside me
Even if cast myself aside
If only you believe in me, I can do anything

Do you remember?
All those promises made within our two hands?
Till the seas dry up, until the stars fall asleep
No matter what splits us up
I do, I’ll always be with you

I’ll just pretend that the world has borrowed you from me
You just need to tell me

That you’ll return to me






ISTIMEWA.
Tuesday, 11 March 201405:25




Mereka yang sentiasa ada di sisi.
Mereka yang sentiasa membenarkan tatkala yang lain meragui
Mereka yang sentiasa menghulurkan tangan tatkala aku rebah ke bumi
Mereka yang sudi melayani kerenah tatkala yang lain menjauhi
Mereka yang menyeka air mataku tatkala yang lain hanya melihat kuntum senyumanku



Saat kaki makin jauh melangkah
Aku meragui adakan ikatan yang terbina akan terhenti?
Adakah kita akan dewasa jauh berbeza dari kita yang aku kenal dahulu?
Adakah kita akan saling bersama walau tanah yang dikandung berbeda?
Adakah janji yang dilakarkan suatu masa lalu masih mekar sehingga hari ini?



Aku bertuah mereka ditakdirkan hadir saat diri ini masih tercari cari erti sebuah kehidupan.
Aku bertuah punya insan yang sentiasa melengkapi segala kekurangan.



Moga Tuhan merahmati kalian.

Selamat hari lahir, 
dan aku sayang kedua duanya (:





Jatuh bangun
Sunday, 19 January 201423:35





Yakin aku kata, seluruh rasa ini telah pergi
Konon aku sudah tidak lagi punya isi hati
Konon sudah terlalu kebal diri ini
Konon hanya kerana kau aku tak akan tersakiti lagi


Aku cuba terima segala yang lompang
Aku sebatikan diri dengan segala cacat cela
Aku mendakap segala yang ada
Aku terima segalanya hingga aku jadi buta
Aku buta bila aku tak pernah sedar dari angan rekaan semata
Aku terbang penuh rasa megah tanpa takut bakal terhempas ke tanah


Selama itu aku nafikan hati ini dari pandang buruknya engkau
Selama itu aku pejamkan mata dari melihat baik orang
Selama itu aku tanamkan sebuah kepercayaan
Selama itu aku tabur benih impian masa depan
Selama itu aku jatuh bila aku iyekan segala kata dan laku kau
Selama itu aku cuma telan semua rasa hati
Selama itu aku cuba bentuk diri jadi aku seperti sekarang
Selama itu aku rebah dalam salam yang kau hulurkan
Selama itu aku lumpuh bila kita berjauhan
Selama itu aku belajar jadi lebih dari sabar
Selama itu aku cuba jadi penenang dalam setiap keadaan


Kini, aku belajar untuk lebih celik melihat dunia
Kini, terasa tidak pasti menanggung duka atau bahagia
Kini, makin mudah air jernih ini gugur dari takungannya


Pernah aku terfikir apa istimewanya kau hingga agungnya aku rasa begini
Pernah aku berharap biar tiada istilah kita lagi


Segala rasa ini biar aku sahaja yang tahu
Biar aku belajar bangkit sendiri
Biar aku tidak terhutang dengan sesiapa lagi
Biar aku mula bertatih kembali tanpa nama kau terukir dihati



(:




SUSUN KATA
Monday, 21 October 201320:35




bersepah manusia mengelilingi
bengang telinga menapis segala bunyi 
tapi aku masih tak mengerti
apa sebenarnya yang aku cari

aku kutip segala retak hati si dungu
tampal sahaja tanpa ada pelekat jitu

berjuta susunan kata sudah tersusun rapi
beratur gigih berdiri
menunggu masa menerjah duniawi
melibas semua yang rajin menabur duri

tiba waktu
akan aku cuba tutur satu persatu
segala rasa yang selama ini aku catu
walau aku sedar aku takkan mampu










SEPTEMBER 27
Sunday, 29 September 201323:13




Diberi peluang lagi
Untuk meniti hari ini
Aturan indah Illahi
Tak terbalas budi
Buat insan yang sudi mendoakan diri ini


Semakin jauh aku melangkah
Semakin takut untuk rebah
Tapi mohon hati jangan tunduk pada helah
Kalau tak jatuh, kita tak tahu erti jangan mengalah



Dan aku, temui jawapan yang dicari (:









IBLIS
Thursday, 12 September 201322:51




Aku selalu fikir
Tentang kau
Mungkin ini salah aku
Pura pura buat tak tau

Kalau kami tiada
Kalau aku tiada
Apa kau boleh gembira ?
Apa kau mampu tersenyum semula ?
Apa kau yakin kau akan terus bahagia ?
Mampu uruskan segalanya ?

Bila segala pinjaman dari Tuhan ditarik sekelip mata
Apa kau masih boleh bermanja ?
Apa kau masih punya tempat berkongsi cerita ?
Apa kau yakin kau punya pengganti segala cinta ?

Seumur hidup ini,
Aku tak pernah rasa sepanas tadi
Aku tak pernah rasa seiblis tadi

Aku percaya
Kau pun rasa hebatnya getaran suara aku
Atau perlu aku tunjukkan gigilan tangan ini menahan rasa hati ?






PENGECUT !
Wednesday, 11 September 201309:57




Aku pengecut
Hanya memandang dalam diam
Hati bergumpal dengan makian
Tapi bersuara hanya entah apa - apa
Bimbang kalau dizahirkan, batu yang keluar

Aku pengecut
Hanya mampu bagi kata puji
Tanpa melemparkan kata keji
Hingga selesa kau sampai makan diri
Bimbang kalau kau rasa, mati

Aku pengecut
Aku tak zahirkan segalanya
Segan, kononnya
Tapi berharap pada sebuah pengharapan

Berharap
Agar kau rasa setiap perubahan
Agar kau faham apa yang dikeji dalam setiap puji
Agar kau tahu setiap pantulan hanya untuk kau






Seketika
Friday, 6 September 201317:27




Saat hati gembira
Konon dunia ini aku punya
Saat bahagia menawan puncak pelangi kononnya
Aku hilang dalam nafsu celaka


Pelangi indah, konon aku pemiliknya
Hilang dibawa sinar suria
Lesap takhta menjadi pusara


Aku terasing
Tanpa sisi yang tersayang
Tanpa suara penenang


Tatkala hati gundah gulana
Terdetik seketika
"Mungkin ini titik noktahnya .."


Berada dalam dunia sendiri
Tanpa siapa siapa mahu hulur tangan mahupun jari
Tanpa siapa siapa untuk dikongsi rasa hati
Tanpa siapa siapa berkongsi waktu sepi


Untuk seketika
Aku cuba paksa diri
Belajar untuk bertatih kembali
Mengejar impian menjadi pasti


Mengharap kuat untuk melangkah, kaki ini (:



DUNIA BARU
Saturday, 17 August 201323:57




Risau
Dapat keluarga baru
Dunia baru, kononnya


Sakit
terlampau banyak "macam mana kalau .... "
Otak dah sarat
Mampat dengan soalan yang tiada berjawapan



Ahhh lupakan
sampai bila kau mahu takut ?

sampai bila kau mahu terus bergantung ?
sampai bila kau nak harap orang lain yang mulakan.


Hati kecil, tolong tabah.
3 minggu sahaja.



p/s : tolong doakan, Nur Syahirah Mohamad kawan saya cepat kahwin. Tak sabar nak jaga "anak angkat" hehehe (:





LETTER FOR A CHILD
Thursday, 15 August 201303:19

My Child,

When I get old,
I hope you understand
and have patience with me
in case I break a plate
or spill soup on the table
because I am loosing my eyesight.

I hope you don’t yell at me
Older people are sensitive
Always having self pity when you yell


When my hearing gets worse
and I can’t hear what you’re saying
I hope you don’t call me “Deaf!”

Please repeat what you said or write it down
I’m sorry, my child.
I’m getting older.


When my knees get weaker
I hope you have the patience to help me get up
like how I used to help you while you were little
learning how to walk

Please bear with me


When I keep repeating myself like a broken record
I hope you just keep listening to me
please don’t make fun of me
or get sick of listening to me

Do you remember when you were little kid
and you wanted a balloon?


Please also pardon my smell
I smell like an old person
please don’t force me to shower
my body is weak
old people set sick easily when they’re cold
I hope I don’t gross you out

Do you remember when you were little?
I used to chase you around
Because you didn’t want to shower


I hope you can be patient with me
when I’m always cranky
it’s all part of getting old
you’ll understand when you’re older


And if you have spare time
I hope we can talk
even for a few minutes
I’m always by myself all the time
and have no one to talk to
I know you’re busy with work
even if you’re not interested in my stories
please have time for me

Do you remember when you were little?
I used to listen to your stories
about your teddy bear


When the time comes
and I get ill and bedridden
I hope you can have the patience to take care of me
I am sorry if I accidentally wet the bed or make a mess
I hope you have the patience to take care of me
during the last few moments of my life
I’m not going to last much longer, anyway.


When the time of my death comes
I hope you hold my hand
and give me the strength to face death

And don’t worry
when I finally meet our Creator
I will whisper to Him to bless you
because you loved your mom and dad


Thank you so much for your care
We love you



With much love,
Mom and dad




I asked myself, what do you have done to repay them? Are you fit enough to face the world without them? When the time for them to meet their Creator, are you able to keep going without them by your side?


aku bertanya pada diri, apa yang kau telah lakukan untuk membalas jasa mereka? apa kau cukup dewasa untuk mengenal dunia tanpa mereka? sampai waktu perpisahan abadi, apa kau mampu untuk terus melangkah tanpa mereka disisi?



BLESSING OF A PRAYER
Friday, 5 July 201313:54



do you know of anything

more beautiful than
a mother's prayer for her children
more blessful than
a mother's prayer for her children


do you know of anything

more powerful than
a parent's prayer for their children

do you ?


sometimes
we are doing pretty good
we got what we dreamt for
we being blessed

just because of their dua


peeps,
we should love our parent
sometimes we are busy growing up
and we often forget
that they're also growing old


I am thinking on how my life will be without them

will I continue grow up as a strong girl ?
will I have the strength to face the world ?
can I going through all the pain of challenges ?






PLEASE UNDERSTAND, THANK YOU
Thursday, 20 June 201323:57



Oh sorry !
did my sarcasm hurt your feeling?

your attitude may hurt me,
but mine can even kill you

THANK YOU
for helping me learn
about trust
and the importance of being cautious
to whom I open my heart to.

my heart no longer bleeds
after turning to stone

by the way,
saying sorry
doesn’t mean
there isn’t guilt
and
forgiving
doesn’t mean
the pain is gone

everybody is always fucking “fine”
but we’re not
we are hurt
and bruised
and nearly completely shattered
and THIS
is not what one calls “fine”

PLEASE
run your fingers through my soul
for once
just once
feel exactly what I feel
believe what I believe
perceive as I perceive
look
experienced
examine
and for once
just once

please
UNDERSTAND





OBLITERATOR
Tuesday, 18 June 201321:11






I am an obliterator

stop making me want you
I might seem strong, but I break

I am
pretending not to love you
the hardest thing I've ever done

I am
never stopped loving you
just stopped showing it

people should be able to say how they feel
how they really feel
not some words that some strangers put in their mouths


I am an obliterator








BAYANG
Saturday, 15 June 201301:35






tak perlu kau kagumi

tak perlu kau sanjung tinggi

tak perlu kau contohi


yang kau lihat

hanya luaran

hanya picisan

hanya pantulan kebahagiaan


andai kau bisa lihat apa yang ada di dalam

pasti kau sendiri tak sanggup mengakui


bahagialah tanpa perlu dibayangi

(: